Thursday, September 23, 2010

Petua untuk Melicinkan Kulit

Ambil sedikit susu tepung bayi. Campurkan dengan sedikit air dan madu. Biar pekat. Lumurkan ke wajah dan seluruh badan. Biarkan selama 5-10 minit. Setelah itu, bersihkan wajah dan badan dengan air suam dan selawat keatas Nabi 3 kali.  Amalkan seminggu sekali untuk hasil yang memuaskan.

Petua 1
Petua ini sering diamalkan oleh penyanyi tradisional lama serta qari dan qariah. Caranya ambil sebiji limau nipis dan perah ke dalam gelas berisi air suam. Air limau itu perlu dicampur dengan sedikit gula batu, kemudian minumlah ia sebagai minuman biasa. Sebaik-baiknya minum air itu sebelum gosok gigi di sebelah pagi. Selain itu untuk menjaga suara, jangan minum air batu atau air bergas tetapi amalkan minum air suam atau air masak sahaja.

Petua 2
Sediakan secawan air pada waktu malam, biarkan semalaman. Apabila bangun pagi minum air tersebut sebelum membasuh muka atau gosok gigi dahulu.