Thursday, September 23, 2010

10 Sebab Otak Manusia Mudah Rosak


1.      Tidak mahu bersarapan
Ramai orang enggan bersarapan, padahal tidak bersarapan pagi boleh menyebabkan turunnya kadar gula dalam darah. Hal ini mengakibatkan kurangnya kemasukan zat pemakanan pada otak yang akhirnya menyebabkan otak menjadi lesu. 

2.      Makan terlalu banyak
Makan terlalu banyak akan mengeraskan pembuluh otak yang biasanya menyebabkan turunnya kekuatan mental.

3.      Merokok
Merokok akan mengakibatkan kesan buruk pada otak. Bayangkan, otak akan menyusut dan akhirnya kehilangan fungsi, tidak mustahil apabila usia tua anda diserang penyakit  Alzheimer. 

4.      Terlalu banyak makan gula
Terlalu banyak memakan gula akan menghalang penyerapan protein dan gizi sehingga tubuh kekurangan zat dan perkembangan otak terganggu. 

5.      Udara kotor
Otak adalah bahagian tubuh yang paling banyak menyerap udara. Terlalu lama berada di lingkungan udara kotorakan menyebabkan otak tidak berkesan. 

6.      Kurang tidur
Tidur memberi kesempatan otak untuk beristirehat. Kerap melalaikan tidur boleh membuat sel-sel otak keletihan dan beransur mati. 

7.      Menutup kepala ketika sedang tidur
Tidur dengan kepala yang ditutupi lengan merupakan amalan buruk yang sangat merbahaya kerana karbondioksida yang dihasilkan selama tidur menyebabkan fungsi otak tercemar. Jangan hairan kalau lama kelamaan otak semangkin rosak. 

8.      Kuat berfikir ketika sedang sakit
Bekerja keras atau membaca buku untuk tempoh masa yang lama juga akan menyebabkan otak akan menjadi semangkin lemah. 

9.      Kurangnya stimulasi otak
 Berfikir adalah cara terbaik untuk melatih otak. Kurangnya berfikir boleh membuat otak menyusut dan akhirnya tidak berfungsi ke tahap maksima. 

10.      Jarang bercakap
Percakapan intelektual biasanya membawa kesan yang baik terhadap otak.