Monday, October 4, 2010

14 Petua Menjaga Ekonomi Rumahtangga

Tips 1: BELANJAKAN WANG TUNAI Berbanding Kad KREDIT..
Tips 2 : TETAPKAN KOS BULANAN UNTUK BELANJA KEPERLUAN RUMAH
Tips 3 : BELI BARANG KEPERLUAN SECARA PUKAL

Tips 4 : MELAKUKAN TINJAUAN DAN MEMBANDINGKAN HARGA
Tips 5 : BERKONGSI KERETA UNTUK KE TEMPAT KERJA
Tips 6 : BIASAKAN DIRI MENCATAT PERBELANJAAN YANG TELAH DIGUNAKAN
Tips 7 : PASTIKAN SUIS ELEKTRIK DAN PAIP AIR DITUTUP sebelum keluar umah
Tips 8 : MASAK MENGIKUT KEPERLUAN SAHAJA
Tips 9 : MELATIH MENABUNG
Tips 10 : BELAJAR MEMBEZAKAN KEPERLUAN DAN KEHENDAK
Tips 11 : BUAT SENARAI BARANG YANG MAHU DIBELI
Tips 12 : PASTIKAN PERUT KENYANG SEBELUM KELUAR RUMAH
Tips 13 : SIMPAN BAKI MAKANAN DI DALAM PETI SEJUK 
Tips 14 : MENYEDIAKAN MENU UNTUK SEMINGGU 
 " Selamat Mencuba ya.."

Petua Meningkatkan Daya Ingatan Dalam Belajar



Ikuti petua ini agar anda lebih mudah mengingat....
1. Tingkatkan motivasi / semangat dalam diri kita untuk mula belajar.
2. Ubah perasaan tidak suka kita menjadi suka terhadap apa – apa yang kita pelajari
3. Berikan pada hati kita suasana nyaman dan tenang ketika sedang belajar
4. Lakukan berulang – berulang terhadap apa – apa yang kita pelajari
5. Buat catatan kecil atau nota ringkas di buku terhadap topik – topik utama
6. Belajar jangan asal membaca cuba fikirkan maknanya dan manfaatnya terhadap apa yang sedang kita pelajari
7. Buat dalam suasana belajar yang nyaman dan ikut kesesuaian dengan keinginan kita
8. Fokuskan terhadap apa yang kita pelajari, kerana ini membantu kita untuk lebih konsentrasi
9. Bila perlu cuba lakukan dan lakukan teori yang sedang dipelajari karena dengan praktikal hampir sebahagian besar dapat membantu untuk mengingat kita terhadap apa yang kita pelajari

Petua Menjaga Mata dari Radiasi Komputer

 
1. Bekerjalah dalam ruangan yang cukup cahaya
Perhatikan pencahayaan dalam ruang kerja Anda. Jangan bekerja dalam ruangan yang terlalu terang dan menyilaukan mata. Gunakan kerai untuk mengatur cahaya dari jendela. Letakkan lampu di atas kepala. Hindari Anda menatap cahayanya secara langsung. Sebaliknya, jangan pula bekerja dalam ruangan yang terlalu gelap atau redup. Usahakan agar ruangan Anda cukup terang agar mata tidak bekerja terlalu keras

2. Gunakan filter monitor
Untuk mengurangi sinar yang menyilaukan dan radiasi yang dipancarkan layar monitor, gunakan filter glass monitor. Berbicaralah pada vendor perlengkapan komputer Anda untuk mendapatkan filter yang baik dan mampu mengurangi pengaruh radiasi, bukan hanya sekadar meredupkan cahaya monitor.


3. Periksa monitor Anda
Periksa apakah monitor Anda masih bekerja dengan baik? Bandingkan dengan monitor lain. Bila gambar yang tampak semakin buram, berkedip-kedip atau tidak nyaman bagi mata Anda, maka sudah waktunya untuk memperbaiki atau mengganti monitor itu. Lebih baik mengganti monitor daripada membiarkan mata Anda terganggu. Sering-seringlah membersihkan monitor dari debu dan kotoran yang mengganggu layar.


4. Letakkan kertas kerja agar mudah dibaca
Jika Anda harus bekerja dengan menyalin atau membaca kertas kerja, maka letakkan kertas kerja tersebut dalam jarak yang seimbang dengan monitor Anda. Ini agar Anda tidak perlu bolak-balik memfokuskan pandangan untuk membaca kertas kerja Anda, setelah membaca di layar monitor.


5. Perhatikan posisi monitor
Letakkan layar monitor sedemikian rupa sehingga membentuk sudut antara 10-15 derajat dari posisi sejajar dengan pandangan lurus Anda. Hal ini selain agar tidak melelahkan mata Anda, juga menjaga agar bahu dan leher Anda cukup nyaman bekerja.


5. Bekerjalah dengan font yang cukup besar
Bila Anda harus mengedit tulisan di depan komputer, pastikan ukuran atau font yang Anda gunakan cukup besar. Jangan paksa mata  untuk membaca huruf kecil pada monitor. Mata Anda bukanlah mikroskop bagi tulisan yang ada di layar monitor. Gunakan fasilitas untuk memperbesar atau menyesuaikan besar tampilan gambar di monitor Anda. Bila  Anda telah selesai mengedit atau membacanya, Anda bisa kembalikan font tersebut ke posisi semula.


6. Istirahatkan mata Anda
Relakskan mata Anda. Pejamkan atau kerjap-kerjapkan. Jangan kucek-kucek mata anda. Namun, sering-seringlah berkedip. Ini dapat menurunkan ketegangan dan menjaga mata Anda tetap basah dan sejuk. Bila anda terlalu lama melihat dalam jarak dekat, alihkan pandangan Anda ke arah yang jauh. Lakukan iniselama beberapa menit setiap 30 minit.


7. Periksa kacamata atau lensa kontak
Bila anda menggunakan kacamata atau lensa kontak dan Anda harus bekerja sepanjang hari di depan monitor, ada baiknya Anda konsultasikan dengan dokter mata atau optik agar Anda bisa mendapatkan kacamata yang sesuai. Baik ukuran lensa maupun framenya. Bila anda merasa lelah menggunakan kacamata, tanggalkan saja. Kacamata bisa membuat mata lelah.

5 Petua Berjaya Dalam Perniagaan


Kongsi sedikit tentang 5 Petua untuk berjaya dalam perniagaan.

1. Berani memulakan langkah.
Ya. memang betul. kebanyakan insan yang bernyawa yang kita jumpa, selalu berkata, "Aku ingin berjaya. Aku ingin memandu pulang Ferrari F1, membawa ibuku ke pasar" dan sebagainya.. tapi. dimakah silapnya? hingga insan tersebut masih belum tercapai cita-citanya. 

2. Berani keluarkan modal.
Semua tahu. perniagaan adalah satu kerjaya yang mampu memberikan kemewahan, kekayaan harta yang berganda. tapi. ramai manakah yang berjaya dalam bidang perniagaan?sejauh manakah perniagaan mampu membawa anda? percayalah. ianya mampu membawa anda terbang ke langit! kerana apa mereka tidak berjaya? mungkin kerana takut untuk mengeluarkan modal.

3.Berani rugi.
Sesetengah golongan, mereka sangat takut akan kerugian. mereka fikir, ini adalah cilaka untuk diri mereka. Tidak! bagi aku. kerugian ini adalah bagus di awal permulaan. kerana, dari kerugian, kita boleh berfikir secara labih matang, dan lebih berhati-hati terhadap apa yang dilakukan. Belajar dari kesilapan jauh lebih baik dari mengulangi kesilapan yang sama berulang kali. ini beerti, kerugian tersebut mampu mengajar kita untuk berfikir lebih positif dan berjaya.

4. Berani rajin.
Ya. tak ada orang yang malas akan mendapat hasil. Pernah menjadi isu, "ada orang kata. Perniagaan MLM (Multilevel marketing) tu goyang kaki je pun boleh duit. tak perlu guna tenaga pun macam petani yang membanting sawah, kerani kerajaan yang bekerja 10jam sehari dll tanpa menggunakan tenaga, panca indera, tangan kaki yang dikurniakan Tuhan." beb. sapa kata mereka goyang kaki boleh duit?

"dalam menggunakan perkhidmatan internet juga sebenarnya kita menggunakan segala anugerah yang Allah berikan. dari pancaindera mata, sehinggalah ke akal fikiran digunakan untuk melaris dan mempromosikan apa yang diniagakan. salahkah kita jika menggunakan kemudahan dan teknologi yang ada untuk melakukan kerja. memang beban dan zahirnya tak nampak dimata seperti pekerja kontraktor dan petani yang membanting tulang 4 kerat di bendang. tapi usaha dan pancaindera tetap digunakan. jangan sempitkan kefahaman tentang islam dan akihrnya umat kita ketinggalan. terima kasih."
5. Berani mengikut langkah orang yang berjaya.
Ya. Pernah dengar ayat ni, "dont be your self. copycat orang yang berjaya, dan lakukan lebih baik dari beliau". Hidup ini, sedar tak sedar selalunya terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Jika anda berada di dalam 5 orang berkumpulan. Jika 4 orang itu adalah penagih dadah, 99.9% anda juga mungkin terjebak dengan mereka. Tetapi, Jika 4 orang tersebut adalah orang yang berjaya, 99.9% juga anda mungkin akan berjaya. Kerana, selebihnya terletak pada diri sendiri.

Buka minda, positif kan diri, cuba sesuatu untuk menjayakan diri.

Friday, September 24, 2010

Petua 7P Agar Sentiasa Menjadi Isteri Yang Dicintai Suami

(Moga Pasangan Ini Sentiasa Saling Mencintai dan Menyayangi.. :-)...Amin)

7 P ni merupakan petua rumahtangga bahagia yang amat di sarankan pada kesemua wanita yang bergelar isteri.
Jika nak diri kita di sayangi suami atau menjadi isteri yang baik, kita mesti ada 7 P berikut :
1.Penyeri
2.Pelengkap
3.Penghibur
4.Pendamai
5.Penasihat
6.Pembantu setia
7.Pengasih dan penyayang
Apa maknanya tu? Maksudnya sebagai seorang isteri kita mestilah menjaga kecantikan diri, mengemas rumah terutama bilik tidur supaya sentiasa kelihatan berseri.
Kita juga mesti setia menemani suami, tidak membantah dan tidak menjatuhkan air muka suami kita. Jadilah pasangan yang sentiasa menemani suami ketika senang dan susah.

Petua Menghilangkan Kedut

Ringkas dan mudah..Cubalah..
video

Thursday, September 23, 2010

Petua menghilangkan bau hanyir ikan, sotong dan udang juga petua menambahkan kesuburan pokok bunga.

Semasa mencuci beras, airnya jangan dibuang. Ia boleh digunakan untuk membersihkan ikan, udang dan sotong untuk menghilangkan bau hanyirnya dan disiramkan pada pokok bunga untuk menambah kesuburannya. Selain daripada itu, air beras juga boleh dibuat mandi sebagai penawar untuk menyejukkan badan dan kepala kanak-kanak.